Gandingan Guru Bawa Kejayaan SK setiawangsa

23 November 2009 by ezamramlan, No Comments

wk_07.1
MURID cemerlang Sekolah Kebangsaan Setiawangsa bangga menunjukkan slip keputusan peperiksaan UPSR mereka, semalam. – UTUSAN/ Mohd. Naim Aziz

KUALA LUMPUR 19 Nov. – Gandingan guru berpengalaman menjadi resipi kepada kejayaan Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa di sini yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Seramai 94 muridnya mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut, yang terbanyak dalam satu sekolah di Wilayah Persekutuan.

Guru Penolong Kanan Satu (1) sekolah itu, Siti Rokiah Salleh, 51, berkata, pendekatan itu berjaya memastikan pelajar mereka mendapat bimbingan terbaik sebelum menghadapi UPSR.

“Cara ini ternyata membuahkan hasil kepada kami sejak tahun lepas lagi, yang mana seramai 118 murid mendapat 5A.

“Pencapaian ini bermakna SK Setiawangsa berjaya mengungguli sebagai sekolah paling ramai 5A buat tahun kedua berturut-turut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tempat kedua dalam kategori itu ialah SK Bukit Damansara dengan 80 murid dan SK Taman Tun Dr. Ismail 1 (76 orang).

Namun, SK Bukit Damansara diumumkan sebagai penerima Anugerah Pencapaian Terbaik Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) terbaik dengan catatan 1.31.

Siti Rokiah berkata, mereka merancang untuk mengekalkan prestasi itu pada tahun hadapan.

“Kami tidak akan leka dengan kejayaan ini kerana bagi saya untuk mencipta kejayaan lebih mudah berbanding mempertahankannya,” jelasnya.

Sementara itu, murid yang mendapat 5A amat gembira dengan pencapaian mereka.

Bagi Nur Sabrina Madzney, 12, dia pada mulanya tidak yakin mendapat 5A memandangkan sedikit lemah di dalam mata pelajaran Sains.

“Namun galakan ibu bapa memberikan saya semangat untuk berusaha bersungguh-sungguh, kejayaan saya ini ditujukan kepada mereka,” katanya.

Aleena Mokhtar Khairun, 12, pula menyifatkan kelas tambahan di sekolah dan tuisyen banyak membantu kejayaannya.

“Saya memang bersungguh-sungguh mahukan keputusan seperti hari ini dan berusaha mencapainya sejak mula lagi,” kata nya.

Hasnol Hadi Hakimi, 12, pula berkata, guru dan ibu bapanya yang harus diberikan penghargaan kerana kejayaannya itu.

“Diharapkan ini langkah pertama dalam mengejar cita-cita saya untuk menjadi seorang doktor,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 20 November 2009

Persembahan Orchestra Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009

23 November 2009 by ezamramlan, No Comments

Ini adalah video persembahan orchestra SK Setiawangsa pada Malam Majlis Anugerah Cemerlang 2009 tempohari. Video ini adalah ihsan daripada bro kirinto marcello, kredit untuk beliau kerana sudi berkongsi video2 dibawah.. satu lagi persembahan lagu myway… sesiapa ada rakam sudi-sudilah kongsi..

kuda hitam

si paku gelang

isabella

Terjah Raya SK Setiawangsa 2009

5 October 2009 by ezamramlan, 1 Comment

Part 1 Download


Part 2 Download

Part 3 Download

Part 4 Download

Part 5 Download

Lawatan TKRS ke TLDM & TUDM Kuantan

17 August 2009 by Admin, No Comments

Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 1

Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 2

Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 3

Lawatan Sambil Belajar TKRS Bahagian 4

6.30 pagi – Murid membuat pendaftaran di ruang makan kantin sekolah dan mendengar sedikit taklimat daripada Cikgu Rosli selaku Ketua Lawatan. Murid diberikan sebungkus roti, sandwich, sebotol air mineral untuk sarapan pagi dan dibekalkan topeng penutup mulut dan hidung bagi mencegah H1N1.

7.00 pagi – Kami memulakan perjalanan dengan jumlah murid seramai 84 orang dan turut bersama 7 orang guru pembimbing.

11.00 pagi – Kami tiba di destinasi yang pertama iaitu Pengkalan TLDM. Disini kami di tahan di pintu masuk utama lebih kurang 15 minit untuk pemeriksaan.

11.15 pagi – Kami menuju ke dewan untuk sesi taklimat daripada Pegawai TLDM. Sepanjang sesi taklimat kami didedahkan berkaitan perkapalan dan perairan serta tugas-tugas TLDM. DIsamping itu, murid-murid semua sempat bersoaljawab. Banyak juga soalan yang ditanya dan dijawab dengan jelas oleh pegawai TLDM. Sebelum bergerak ke KD Perak kami diminta menyanyikan lagu TLDM.

11.30 pagi – Kami menuju ke destinasi yang dimaksudkan iaitu KD Perak atau Kapal Di Raja Perak yang merupakan salah satu kapal tempur yang merupakan salah satu kapal yang tercanggih dan terbaru ditauliahkan oleh Permaisuri Agung. Sampai di kapal kami diberi sedikit penerangan tentang KD Perak oleh Komander Ismail.

11.50 pagi – Kami menjamu selera yang disediakan oleh tukang masak atas kapal KD Perak. Sambil makan kami berbual-bual tentang keseronokan aktiviti hari ini dan rasa teruja apabila melihat kapal KD Perak yang serba canggih ini.

12.45 petang – Murid seterusnya berbaris membentuk 4 kumpulan. Setiap kumpulan murid dipimpin oleh pegawai kadet yang membawa mereka untuk melawat setiap tempat dan memberi penerangan tentang peralatan dalam kapal. Sepanjang aktiviti ini berlangsung pelbagai persoalan ditanyakan oleh murid-murid dan sekaligus menambah ilmu pengetahuan baru dalam diri masing-masing.

2.30 petang – Disebabkan keterujaan murid terhadap Lawatan di KD Perak Kami terpaksa memberi lebih masa untuk tidak menghampakan murid yang begitu seronok berada di dalam kapal ketika itu. Oleh itu kami memulakan perjalanan agak lewat ke Kem TUDM.

3.30 petang – Sampai di Kem TUDM lewat sedikit sebab menunggu sebuah lagi bas pergi mengambil makanan. Setibanya di Kem TUDM berkumpul di kawasan lapang dan diberikan sedikit taklimat. Kami juga turut dapat melihat beberapa jet pejuang sedang membuat penerbangan. Kami seterusnya dibawa ke sebuah Helikopter Nuri dan diberi taklimat berkenaan pesawat tersebut. Disamping itu, murid-murid mengambil kesempatan untuk bertanya banyak soalan yang berkaitan.

4.30 petang – Kami memulakan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke balik kami singgah di perhentian gambang untuk makan dan menunaikan solat dan melepaskan hajat. Kesempatan itu juga kami berbual dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti lawatan yang telah dilaksanakan. Rata-ratanya mengatakan memang sangat seronok terutamanya ketika lawatan di KD Perak… memang teruja.

8.30 Malam – kami akhirnya selamat sampai kembali di SK Setiawangsa dengan keadaan yang baik dan begitu puas. Walaupun sepatutnya kami menjangkakan tiba selewat-lewatnya pukul 6 petang namun jangkaan tersebut meleset akibat berada terlalu lama di atas kapal. Walaubagaimanapun semua rasa seronok dan yang penting sekali semua selamat.

Rumusan saya:
Aktiviti lawatan sebegini memang wajar dilaksanakan sebagai pendedahan kepada murid supaya tidak terperuk di tempat atau dunia sendiri. Sepanjang lawatan berlangsung murid-murid dilihat begitu aktif bertanyakan pelbagai soalan. Ini sebenarnya sangat bagus walaupun kadang-kadang soalan adalah di luar kotak.

Saya juga dapati murid mula sedar akan peri pentingnya sesuatu mata pelajaran yang dipelajari di sekolah untuk dikaitkan dengan sesuatu bidang pekerjaan. Sesungguhnya murid telah jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah pengetahuan, dapat tanya banyak soalan, dapat nikmati keenakkan makanan, banyak ilmu boleh kongsi dengan kawan-kawan dan paling penting kena buat karangan dalam buku skrap atau catatan untuk dijadikan bahan paparan.

Credits to Cikgu Ehzam

Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu & Pembukaaan Bulan Kemerdekaan

4 August 2009 by Admin, No Comments

Majlis Penutup Minggu Bahasa Melayu & Pembukaaan Bulan Kemerdekaan

Di sekolah hari ini diadakan perasmian penutup minggu Bahasa Malaysia dan juga perasmian pembukaan Bulan Kemerdekaan. Pelbagai aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

Majlis telah dimulakan dengan penyampaian hadiah Public Speaking yang mana SK Setiawangsa telah berjaya mendapat tempat ke-3 peringkat zon keramat. Penyampaian hadiah seterusnya bagi pertandingan kebersihan dan pemenang-pemenang dalam pertandingan yang dianjurkan oleh panitia bahasa malaysia sepanjang minggu lepas.


Tn. Hj. Ruslan Madon seterusnya dijemput menyampaikan ucapan penutup minggu bahasa malaysia dan merasmikan bulan patriotisme peringkat sekolah. Majlis simbolik perasmian telah dilakukan dengan beliau sendiri diminta mengetuk gong sebanyak 3 kali dan melepaskan belon.

Selesai simbolik, seterusnya beberapa persembahan disajikan kepada para murid dan guru termasuklah mendeklamasikan sajak persembahan murid dan guru, nyanyian murid tahun 1, persembahan live band murid orchestra dan seterusnya guru-guru dan murid-murid menanyikan lagu jalur gemilang, keranamu malaysia dan tanggal 31 bersama-sama sambil mengibar-ngibarkan bendera.

Sepanjang bulan patriotisme ini pelbagai program akan dijalankan. Diharapkan murid-murid dan guru-guru tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan bulan tersebut.

Video Perasmian Bulan Patriotisme 09

Forum SK Setiawangsa Is Back & UP Register Now

18 January 2009 by Admin, No Comments

sks11

Salam & Selamat Sejahtera

Pihak Webmaster telah membuat installasi semula

Forum Rasmi SK Setiawangsa

Sila daftar di laman web di bawah

http://forum.skts.edu.my

Sekitar Lawatan Kerja Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad (Pengerusi Penasihat Sekolah KLUSTER) ke Sekolah Kebangsaan Setiawangsa pada 13 Februari 2009

SELAMAT DATANG KE SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

24 October 2008 by Admin, No Comments

 


Glitter Text @ Glitterfy.com

Sekolah Kebangsaan Setiawangsa Kuala Lumpur telah muncul juara Pertandingan Boria PPDA Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2008. Sekolah akan bertanding untuk peringkat Kebangsaan pula. Tahniah diucapkan kepada pasukan Boria dan guru-guru yang melatih murid-murid ini. Untuk makluman ini adalah kali kedua pasukan boria sekolah mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.

UPSR HANYA TINGGAL


CUTI SEKOLAH LAGI…..


NOTA: Halaman blog ini dikendalikan oleh En. Roszizul Rahman dan Pn. Bibi Maslina. Jika terdapat sebarang komen membina sila tinggalkan mesej di Permalink. Jika terdapat koleksi gambar terbaru segala aktiviti panitia, sila berikan salinan kepada kami untuk dimuatnaikkan ke halaman blog sekolah. Kerjasama anda amat dialu-alukan. Sekian terima kasih.

Free Counters
Free Hit Counter